Monday 8 August 2011


Hansel dan Gretel

       Disebuah kampung, tinggal seorang pemotong kayu yang miskin. Dia mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka bernama Hansel dan Gretel. Namun begitu, ibu tiri mereka tidak menyukai mereka. Mereka sekeluarga sering kehabisan makanan.
       
      Pada suatu petang, Hansel dan Gretel terdengar perbualan bapa dan ibu tiri mereka.
"Makanan yang ada tidak cukup untuk empat orang. Lebih baik kita tinggalkan mereka berdua didalam hutan, sekurang-kurangnya kita tidak mati kelaparan" kata ibu tiri mereka.

      Bapa Hansel dan Gretel berasa sungguh sedih dengan cadangan isterinya tetapi dia terpaksa bersetuju. Keesokkan paginya, bapa dan ibu tiri Hansel dan Gretel membawa mereka kedalam hutan. Dia memberikan seorang sepotong roti sebagai bekal.

       Dalam perjalanan itu, Hansel dan Gretel mengoyakkan roti itu kepada cebisan kecil. Cebisan roti itu ditinggal disepanjang jalan sebagai penanda untuk mereka berjalan pulang nanti. Malangnya cebisan roti itu telah dimakan oleh burung.

       Setelah beberapa lama berjalan mereka berhenti rehat. Disebabkan terlalu letih, Hansel dan Gretel tertidur. Ketika mereka tidur itulah, bapa dan ibu tiri mereka pulang. Tidak lama kemudian, Hansel dan Gretel terjaga daripada tidur. Mereka berasa sedih kerana telah ditinggalkan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah pondok yang diperbuat daripada coklat dan biskut.

      Hansel dan Gretel menghampiri pondok itu. Pintu pondok dibuka dan muncul seorang wanita tua. Dia sebenarnya seorang ahli sihir yang gemar memakan budak-budak.Hansel dan Gretel dijamu dengan makanan yang lazat-lazat. Disebabkan letih dan kekenyangan, mereka pun tertidur. Ketika mereka tidur. wanita tua itu memasukkan Hansel ke dalam sebuah sangkar besi.

      Wanita sihir memberi Hansel makanan yang lazat-lazat. Dia mahu hansel cepat gemuk supaya lebih sedap dimakan. Pada suatu hari, wanita sihir menyuruh Gretel menolongnya menghidupkan api oven. Gretel berpura-pura menolongnya. Tiba-tiba Gretel menolak wanita tua itu sekuat hatinya. Wanita itu terjatuh ke dalam oven. Gretel segera menutup pintu oven itu.

     Gretel membuka pintu sangkar besi itu dan menolong abangnya keluar. Mereka segera berlari meninggalkan pondok itu. Ketika mereka mencari jalan pulang, tiba-tiba terdengar suara seekor burung menyapa mereka.

"Saya minta maaf kerana telah makan cebisan roti kamu tempoh hari. Untuk menebus kesalahan saya, saya akan tunjukkan jalan pulang kepada kamu berdua"

       Akhirnya Hansel dan Gretel pulang ke rumah dengan selamat. Bapa mereka amat gembira melihat kedua-dua anaknya selamat. Mereka sekeluarga kembali hidup bahagia kerana ibu tiri mereka telah meninggal dunia. Mereka sekeluarga tidak hidup dalam kemiskinan lagi kerana Gretel berjaya membawa pulang syiling emas yang diambil dari pondok wanita sihir itu.


Tuesday 28 June 2011

alahai.,.,.,.,.

erm...28 june 2011 tak boleh dah nak on9 fb kat opis..apsal ler korang block fb....
jadi baik ler...coz x leh on9 fb...

Monday 27 June 2011

aur0ra

Aurora oh aurora
Pentingkah kamu itu
Kenapa aku terpegun?
Aurora oh aurora
Selalu disanjungi
Pernah ditanya mengapa?
Ku tatap, berseri, berwarna hijau
Yang menawan sanubari
Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandanganku menantimu
Aurora
Kamu memberi
Kembali mencari..
Aurora oh aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh
Aurora oh aurora
Tidak ada bunyimu
Sanggup aku tetap menunggu
Terdiam kerana berwarna ungu
Ku putuskan biar bisu
(*)
Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandanganku menanti mu
Aurora..
Kamu memberi
Kembali mencari…..
Malam ini
Aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu disana…….
(Ulang *)
Ku lihat, tersenyum, berwarna merah
Ku tau kau selamat

MeNYeSaL

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Korus
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku

Ulang Korus

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku